Tuesday, March 22, 2011

Tunggul-Tunggul Gerigis - SN Shahnon Ahmad

1. Sarat dengan semiotik. Menurut A. Rahim Abdullah di dalam bukunya, Novelis Nusantara : Ideologi Dan Pemikiran, "Shahnon Ahmad melalui novel Tunggul-Tunggul Gerigis (TTG) memanfaatkan tanda-tanda sebagai suatu proses kreatifnya, yang mempunyai keistimewaan tersendiri."

2. Memang istimewa novel ini yang memperlihatkan bagaimana Pak Shahnon melakarkan kehidupan sosial di dalam sebuah kampung yang telah rosak hubungan sesama masyarakatnya yang berlainan ideologi di dalam parti politik yang berbeza. Selain istimewa kerana dilancarkan oleh DS Anwar Ibrahim di USM dahulu. (istimewa ke?)

Tuesday, March 15, 2011

Kimono Ungu Bersulam Bunga - Rebecca Ilham

1. Menghimpunkan 15 cerpen daripada penulis Rebecca Ilham atau nama sebenarnya Hazwani Binti Rameli. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd, cetakan pertama tahun 2010.

2. Membaca cerpen-cerpen di dalam KUBB sepertinya meninggalkan kesan yang beza berbanding cerpen-cerpen yang pernah dibaca sebelum ini. Tulisan Rebecca Ilham punyai sentuhan dan tarikan yang tersendiri. Mencabar intelektual para pembaca.

Thursday, March 10, 2011

Menuju PAS Baru - Dr Mujahid Yusof

*pergi langsung ke nota nombor 6 untuk membaca kandungan surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman 17 Jun 1969.           

1. Sebuah buku yang panas. Di kalangan orang PAS sendiri ada yang tak setuju dengan pandangan dan hujah yang Dr Mujahid kemukaan di dalam buku ini. Antaranya Dewan Ulama PAS Kedah. Juga Ustaz Riduan Mohd Nor yang mana telah pun melancarkan sebuah buku, sebagai jawapan terhadap Menuju PAS Baru Krisis, Peluang, dan Dinamisme Dr Mujahid ini. Buku yang berjudul Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan.

2. Buku Menuju PAS Baru ini ditulis berdasarkan kajian dan pemerhatian penulis terhadap konflik-konflik yang pernah, sedang, dan 'akan' berlaku di dalam parti PAS sejak awal penubuhannya dahulu sehingga alaf kini. Bagaimana konflik yang berlaku, krisis-krisis antara ahli, telah membawa PAS kepada apa yang dilihat waktu ini. Itulah judulnya dinamakan dengan, krisis, peluang, dan dinamisme.

Wednesday, March 9, 2011

Dunia Kartun - Alif Firdaus Azis

1. Bila terasa bacaan pada buku-buku yang biasa dibaca sudah tidak menarik hati dan tertangkap di minda lagi, maka bermakna, perlu mengubah bahan bacaan.

2. 'Penat' menghadam buku-buku sastera, politik, kadang-kadang saya akan lari ke genre lain pula. Dan selalunya larian itu akan membawa saya ke dunia kartun. Majalah-majalah seperti Gila-Gila, Ujang, atau mana yang sempat mata memandang, akan menjadi pilihan untuk melegakan fikiran selepas membaca buku-buku 'berat'.

Tuesday, March 8, 2011

Cerpen Pendek - Saman Tak Berekor

Besoknya kelas 1M penuh dengan kucing-kucing berbagai warna dan rupa juga bangsa. Seperti yang telah dipersetujui oleh mereka semua, bahawa hari ini akan diadakan pertandingan kucing comel antara murid kelas 1M. Yang akan menjadi pengadilnya adalah Cikgu Najib, guru kelas dan Guru Besar, Puan Rosema.

Saturday, March 5, 2011

Nurul Anak Papa Ku - Shahnon Ahmad

1. Saya tidak tahu apa-apa mengenai kewujudan novel ini sehingga ditunjukkan oleh tuan kedai selepas ditanya mengenai novel SHIT.


2. Diterbitkan oleh Pustaka Jiwa Merdeka, cetakan pertama tahun 1999.

3. Novel ini ditulis pada ketika negara sedang heboh dengan kes penahanan DS Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat (episod 1) pada zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Wednesday, March 2, 2011

Budak Kampung - Datuk Lat


1. Ok. Buku yang berada di tangan saya ini adalah terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Cetakan yang ketujuh tahun 2006. Cetakan pertamanya adalah pada tahun 1979. Versi bahasa Melayu. Seperti yang sedia maklum, buku Budak Kampung ini telah diterjemah ke 13 bahasa lain di dunia. Kalau dalam bahasa Jerman, judulnya, Ein Frechdachs Aus Malaysia. Kalau dalam bahasa Arab, judulnya, Tifl Al-Qaryah.

Tuesday, March 1, 2011

Hujan Pagi - A Samad Said

"Apakah peranan akhbar saudara itu 'pengghairah', 'pelapor', 'pendakwah', atau 'pengekor'?" - Hujan Pagi ms 124.

"Akhbar kita suara rakyat. Hujan Pagi suara keadilan." - Hujan Pagi ms 281.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...