Thursday, September 4, 2008

Musafir Cinta




Mula2 sekali mdgr nama Taufiqurrahman al Azizy ni, mb terfikir hnye satu. Ini mesti kes hendak tumpang populariti Habiburrahman el Shirazy. Maklum shj la nvl Habiburrahman, 'Ayat-Ayat Cinta' mendapat sambutan yg luar biasa. Bahkn telah ke pawagam jgk !

Kebetulan bukan mb yg membeli buku ni. Abg mb pulang dr Indonesia membawakn buah tangan ini. Tetapi begitu la tanggapan pertama mb bila melihat nvl 'Musafir Cinta' ini. Tidak lain hanya ingin populer dgn cara yg pantas.

Bahkn kulit bukunya shj berlatarbelakangkn warna kuning spt nvl 'Ayat-Ayat Cinta'. Jg terdapat wanita memakai purdah layaknya spt Aisha dlm 'Ayat-Ayat Cinta'.

Namun itu hanya pada pandangan pertama. Sebelum mb mula membacanya. Minggu lepas mb punyai sedikit masa yg terluang lalu mula membaca nvl ini. 'Musafir Cinta'. Taufiqurrahman al Azizy. Mb bukakn pembalut yg membalut nvl ini perlahan2. Utk pengetahuan mb jg mementingkn pd pandangan luar sesuatu nvl @ buku sebelum membelinya. Mb jg amat menjaga buku2 yg telah mb beli. Kene pastikn elok betul2 baru mb akan beli.

Nvl 'Musafir Cinta' ini kalau di Indonesia telah diulang cetak lebih dr 10 kali !!
Mula2 mb teruja dgn itulah. Telah diulangcetak sebegitu byk tidak mungkin nvl ini hnya biasa2 shj. Atau tidak mungkin nvl ini sekadar meniru2 Habiburrahman shj. Sehingga ramai yg membeli dan membacanya lalu diulangcetak sebnyk lebih 10 kali.

Dr helaian ke helaian tidak sedar mb telah selesai membaca nya. Spt biasa keseronokkn yg terlahir setelah selesai mbaca tidak mungkin dpt tertuliskn di sini. Satu perasaan yg sukar digambarkn. Dn mb dapati mmg layak nvl ini mendapat 'Nasional Best Seller'.

Nvl ini bercirikn Islamik. Nvl yg menjadikn agama Islam sbg landasan utama dn penulisannya. Byk yg cuba disampaikn melalui nvl ini.

Yg mb terkesan adalah bagaimana masyarakat Islam skrng, tidak hnya di Indonesia (penulis dr Indonesia) bahkn di Msia dn di mana2 dunia sekali pn, inilah masalah yg sedang di hadapi oleh umat Islam seluruhnya.

Masalah keputusasaan terhadap ALLAH swt. Tidak sanggup menghadapi ujian dr ALLAH dgn redha sehingga berani shj mempersoalkn kewujudan Yg Esa. Ini ditampilkn dgn watak Firman.

Firman seorg pemuda yg berasal drp keluarga yg berada. Mulanya dia sgt taat kpd agamanya. Solatnya, puasanya, tiada yg tidak dilakukn. Semua dituruti dgn penuh keimanan.

Tetapi pabila dugaan dr ALLAH tiba nyata Firman tewas. Dia tidak mampu menanggapinya. Dia kecundang. Terus Firman sesat dlm hidupnya. Segalanya dia salahkn kpd ALLAH swt.

Adiknya yg satu2 itu mati setelah diperkosa beramai2 membuatkn Firman tidak dapt menerimanya. Ditambah pula pabila pihak polis gagal mengesan pelakunya sekian lama menambahkn lg kehampaan Firman. Bahkn dia tidak tegar2 mempersoalkn di mana keadilan dan kasih syg Tuhan selama ini. Sehingga adiknya mati dn pembunuhnya masih bebas. Firman putus asa pd rahmat Tuhan mulai dr itu.

Tetapi watak Firman dlm nvl ini bkn lah pemain utamanya. Iqbal. Iqbal Maulana. Seorng pelajar pesantren yg terpaksa keluar dr pesantren utk mengutip ilmu dr kehidupan di luar pesantren. Buku serta kitab2 nya adalah liku2 yg bakal dilalui nnt di luar sana. Inilah watak utama dlm nvl ini.

Sebenarnya nvl ini bersambung dr nvl 'Syahadat Cinta' jg tulisan Taufiqurrahman. Kisah awal kehidupan Iqbal Maulana terkisah pd episod yg pertama itu. Bagaimana dia sebelum ke pesantren dn mengapa Iqbal harus keluar dr pesantren jawabannya semua ada di sana. mb belum membaca nya jd tidak boleh bercerita ttgnya.

'Musafir Cinta' adalah penerus kisah hidup Iqbal Maulana. Sesuai dgn judul nya, kini Iqbal harus menjadi seorng musafir.

Setelah keluar dr pesantrennya dia tidak tahu hala tujuan nya. Hnya kaki melangkah tanpa destinasi. Tawakalnya hanya pd ALLAH. Iqbal serahkn jiwa dn nyawa nya pada Al Khaliq. Dia bingung dn masih belum mengerti. Apakah yg cuba disampaikn Ilahi pd nya. Namun dia pasrah. Iqbal pemuda yg yakin pd Tuhannya.

Di sini lah penulis merencanakn tulisan nya. Bercorak2 mewarnakn musafir cinta ini. Berbagai ragam manusia yg diketemui Iqbal sepanjang musafirnya. Antara lain dia bertamu dgn Anton semasa berada di dlm bas.

Ini jg suatu yg permasalahan yg cuba di ketengahkn oleh penulis. Anton adalah seorng penganut Agama Cinta. Agama yg terhasil dr ilham nya tersendiri. Sebetulnya Anton sudah bosan dgn sekelian agama yg ada. Baik Islam, Kristian, maupun Buddha atau apa2 sekalipn panggilan agama itu.

Krn menurut Anton sekelian agama yg ada itu telah tidak suci lg. Ia telah dicemari oleh para penganutnya sendiri. Anton sudah berasa jemu dgn itu. Lalu dia membawa satu ajaran baru, satu pemahaman baru iaitu agama Cinta.

Bagaimana yg diperkatakn dgn agama Cinta ini blh di baca selanjutnya pd nvl ini.

Begitulah seterusnya Iqbal bermusafir. Penulis menjdkn musafir Iqbal itu sbg jalan dan ruang utk nya meluahkn segala yg terbuku di hati. Apa yg sedang melanda umat Islam seluruhnya beliau curahkn dgn gaya yg tersendiri. Umat Islam perlu diselamatkn. Menulis nvl sebegini jg antara langkah utk umat Islam tidak terus tenggelam dlm bisikn syaitan.

Semoga yg membaca nvl ini akan mendapat manfaatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...