Wednesday, May 28, 2008

Petua Segala Petua



Tiba musim cuti sekolah maka tiba lah musim kenduri kahwin. Ahad lepas sahaja mb hadiri 2 majlis kahwin di Melaka. Itupun selepas meninggalkan 2 lagi majlis di KL. Memang begitu lagaknya setiap kali datang musim cuti sekolah. Berlambak-lambak kad jemputan. Bahkan untuk cuti sekolah yang hujung tahun juga telah ada jemputan yang menunggu. Bayangkan cuti sekolah punya penangan.

Sebut pasal kahwin ni mb selak-selak kat rak buku tu terjumpa pulak buku yang berkaitan dengan perkahwinan ni. Tajuknya 'Petua Segala Petua'. Sekali pandang memang tiada apa yang menyentuh pasal persiapan perkahwinan di sini tapi ia sangat berguna sekali kepada bakal pengantin. Yang akan melalui alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran.

Ditulis oleh Normila Kamal. Cetakan ketiga tahun 2000 terbitan Darul Nu'man. Dengan harga RM 10 sahaja ianya amat berguna sekali.

Sepadan dengan judulnya buku ini mengandungi pelbagai jenis petua.Dari petua di rumah ke petua mencuci pakaian ke petua di dapur ke petua kesihatan dan banyak lagi petua.

Memandangkan sekarang musim kahwin tidak ketinggalan juga petua selepas berkahwin bersalin turut disertakan dalam buku ini. Memang sangat bermanfaat buku ini. Tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapatkan petua-petua, cukup dengan sebuah buku ini sahaja. Ringkas dan memudahkan.



Lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang amat jarang mengetahui petua-petua orang-orang lama ini. Segan rasanya untuk bertanya kepada orang tua. Lagi-lagi kalau petua yang mengenai diri sendiri. Tidak mahu membuka pekung di dada.



Jadi buku ini amat bersesuaian sekali. Tapi barang harus di ingat. Segala petua-petua itu hanya sekadar tidak lebih dari usaha kita sahaja. Yang menyembuhkan tetap Allah swt.

Sebuah lagi buku yang ada kena mengena dengan musim kenduri kahwin yang terdapat dalam rak mb adalah buku 'Bingkai Cinta Sepasang Merpati'. Ditulis oleh Majdi Fathi Al-Sayyid. Dengan judul asalnya 'az-Zauj al-Mitsaliyyun wa az-Zaujatun al-Mitsaliyyatun'.Diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Ibnu Ali.

Buku ini sangat bagus untuk mereka yang baru ingin memilih pasangan hidup atau pun bagi mereka yang telah berumahtangga agar rumahtangga lebih harmoni penuh kasih dan penuh dengan sayang.

Dengan tebal 267 muka surat pasti buku ini akan banyak memberi manfaat dan kebaikan.

Monday, May 26, 2008

Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan


Buku ini da lama dibeli tapi baru sekarang tergerak untuk melihat-lihatkan isi kandungannya. Semenjak terdengar cabaran ahli parlimen PAS ke atas seorang ahli parlimen UMNO dalam parlimen baru-baru ni.

Mana tak nya UMNO ni sibuk kata kononnya macam mereka sahaja yang berjuang bermati-matian membela dan mempertahankan serta membebaskan negara Malaysia dari jajahan bangsa asing.

Cuba bagitau satu nama perjuang UMNO yang terkorban sepanjang perjuangan mencapai kemerdekaan..?Bukkan sahaja tidak menjawab bahkan seperti biasanya mengelak dan melarikan diri mencari tempat selamat.

Kerana itulah mb menyelak-nyelak rak buku mencari buku yang ini. Mungkin ada jawapan pada persoalan itu tadi. Mana lah tau kot-kot terselit sorang dua nama ahli UMNO yang syahid bagi memerdekakan negara ni.

Buku ini ditulis bersama oleh Riduan Mohd Nor dan Mohd Fadli Ghani. Diterbitkan oleh MHI Publication dan dicetak oleh HS Massyi Printing Sdn Bhd setebal 194 muka surat. Yang berada dengan mb adalah cetakan pertama Mei 2007.

Kulit depan buku ini dilatarbelakangi dengan wajah-wajah tokoh-tokoh ulama' yang telah dikuningkan wajah dan persekitarannya bagi menampakkan kesan lama atau mungkin menampakkan kesan sejarah sekali gus memberitahu inilah pejuang-pejuang dulu yang telah berkorban harta dan nyawa bagi memerdekakan negara.

Di kulit depan juga di tulis judul buku ini. " Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan ". Dengan perkataan 'kemerdekaan' itu dimerahkan. Seolah-olah warna merah pada perkataan 'kemerdekaan' itu mewakili darah mereka, ulama'-ulama' tersebut.

Mb harap dengan membaca buku ini mampu menambah tidak banyak, sedikit ilmu mb. Mana-mana yang ingin mengetahui peranan-peranan ulama' (yang biasanya orang memberitahu lagaknya orang-orang yang arif dalam hal agama ini hanya duduk masjid dan surau sahaja)dalam memerdekakan negara sila dapatkan buku ini.

Friday, May 23, 2008

Melihat buku dalam rak..


Selesai membaca 'Keledang' karya A. Samad Said seperti biasa-biasanya jiwa berasa sangat lega. Mata pula terjeling-jeling ke arah rak buku. Melihat-lihat, memikir-mikir buku apa pulak selepas ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...